Kepada pembaca, pengikut blog Malaysian Hip-Hop,
Hanya beberapa hari lagi ke Raising The Bar, adakah anda sudah membeli ticket untuk ke pesta hip-hop independent terbesar di Malaysia? Kalau belum, sila ke RTBFest.com.
Hanya beberapa hari lagi ke Raising The Bar, adakah anda sudah membeli ticket untuk ke pesta hip-hop independent terbesar di Malaysia? Kalau belum, sila ke RTBFest.com.
Dari pengaruh nama-nama terbesar seperti Tupac, Notorious BIG, Wu-Tang, kita lihatlah lahir hip-hop tanahair. Tapi, apakah pengaruh hip-hop tanahair kepada anda?
Pada tahun 2007, saya mempunyai sesuatu visi untuk memaparkan hip-hop tanahair kepada dunia melalui blog. Telah lama melayari Bazement.net sebagai seorang pelajar, dipengaruhi mengikuti hip-hop tanahair, lahirlah idea blog ini yang menyatukan semua hip-hop tanahair. Ringkasannya, setelah lama menulis blog ini, bolehlah dikatakan agak gembira melihat hip-hop tanahair berkembang dan membangun.
Hip-hop tanahair telah banyak berkembang, tetapi inilah kali pertama Jin Hackman dan kumpulannya yang teguh, yang mempunyai semangat yang memberangsangkan dan terus membakar, menyatukan hip-hop tanahair di sebuah pesta seperti ini. Jangan nak katakan cintai hip-hop tanahair tetapi RM38 tak boleh dibelanjakan membeli tiket malah boleh membeli topi mahal untuk tunjuk swag sahaja. Jangan nak banyak cakap kalau tak boleh sokong hip-hop negara sendiri malah nak jadi penjuang hip-hop di luar negara. Tunjukkan semangat anda terhadap hip-hop tanahair dengan berada di pesta ini.
Bukannya selalu dapat tengok kumpulan Teh Tarik Crew atau Ruffedge perform reunion show. Inilah masanya. Inilah pesta yang anda boleh katakan "hip-hop saved my life". Bukan sekadar untuk tunjuk swag, untuk keghairahan diri menunjuk ego, malah inilah untuk mengatakan Aku Sayang Pada Hip-Hop Tanahair.
Jumpa kalian di RTB Festival pada 5 Januari 2013. Dapatkan tiket anda di RTBFest.com
Harap haraplah anda mendapat tiket anda, saya akan berada di situ.
Sekian,
Vic Jamm
Sekian,
Vic Jamm
keep it up my man.
ReplyDeletesgt stress sbb xdp join.. adik aku kawin la plak!!!.. huhuhu!!
ReplyDelete