Friday, September 17, 2010
Lirik : Altimet - Kotarayaku
Untuk lirik, sini.
ohh, kotarayaku,
kisah seribu satu,
abadi di jalananmu
ini kotaraya yang sering berkata
kalau berani ayuh mari cuba saya
siapa mahu cuba, dicabar semua
si kota terima dengan tangan terbuka
apa hasratnya bila ditanya
si kota hanya senyum selamba
apa kamu mahu semuanya bisa
jemput ke rumahku sila sila
didalam hatinya banyak rahsia
banya kisah benar ramai saksinya
ada yang gagagl ada yang berjaya
ada bersahaja ada capai kerjaya
ada rezeki yang melimpah ruah
hingga kurang nasi terlebih kuah,
ada yangsial ada yang bertuah
cerita sama hanya watak berubah
di kuala lumpur
ohh kuala lumpur
kau yang tak pernah tidur
menjaga mimpi yang luntur
ohh, kotarayaku,
kisah seribu satu,
abadi di jalananmu
ini kotaraya talam dua muka
katanya madu kau disuap cuka
selepas dibelai hatimu di luka
di pijak kepala lepas di beri muka
kau kan ditelan lantas diludah
pesta sementara sesal tak sudah
lampu berkelipan bikin hati buta
hidup serba laju trafik kura kura
bukan main main tapi tetap selamba
suasana berubah bila malam melanda
lihat anak muda yang tak punya
tujuan berlumba guna kuasa kuda
jangan salah laku cuba lawan syahdu
senyala lilin mengejar wap *****
ramai yang gagal bila di duga
tapi masih rama yang berani cuba
di kuala lumpur
ohh kuala lumpur
kau yang tak pernah tidur
menjaga mimpi yang luntur
ohh, kotarayaku,
kisah seribu satu,
abadi di jalananmu
aku rehat sebentar, di kaki lima
yang jadi riba, melayan minda
aku sedar kota, sekadar latar
untuk opera hidup yang bermain di layar lara
ohh kuala lumpur
kau yang tak pernah tidur
menjaga mimpi yang luntur
ohh, kotarayaku,
kisah seribu satu,
abadi di jalananmu
Single terbaru Altimet, Kotarayaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks for supporting Malaysian Hip-Hop. Email us at or malaysianhiphop@gmail.com for any enquiry.
Join us on Facebook : http://www.facebook.com/malaysianhiphop or Twitter : http://www.twitter.com/malaysianhiphop
If you will like to post your material, do email us, and we will take the necessary steps to help you out.